Sunday, June 26, 2016

Huru hara hari pertama


Okeyyyy..hari pertama bekerja punya la neves sampai sakit perut..hahaha walaupon kerja ni ada risiko tapi ni je satu2 yang aku dapat dan walaupun mak aku fikir berkali nak izinkan berkat usaha,pujukkan tiap hari terpaksa la mak setuju lagipun kerja sementara je..

   Okey aku kerja ngan sepupu aku,yang ji ok sama kepala yg pasti takkan bosan..so kitaorg tunggu tunggu incharge person datang,padahal sepupu ani yang chat ngan dia pun tak kenal dan tak pernah jumpa..Dia tunjuk kat aku picture orang tu macam la aku kenal so setiap kereta yang datang kami tenung memastikan individu nya sampai la orang betul datang..

  Incharge person ni pulak cina masa jumpa dah la terus2 bawa aku cakap cina hahaha gelak je aku kata aku bukan cina..dia sengih2 pulak dia kata ingat u amoi cina kfine.p..masuk je kedai makkk aiiii berterabur sampai kaki aku yang montel ni asyik tersangkut kat mana2 dan paling sadis aku terjatuhkn penyapu kat incharge tu nasib kena bahu kalau kepala naya la..cakap sori bos hihihi..lepas tu kerusi pun boleh jatuh cuai betul..

     Lepas tu susun atur mesin beberapa kali kaki aku ni terkena roda mesin rasa macam nak nangis nasib tak luka,tak lama pastu kawan2 dia datang tolong dan masa tu la aku ni hampir kena himpit dengan mesin..wahhhhhh giler aku yang besar ni pun tak nampak..apa lagi aku jerit lompat keluar,semua orang kat gelak..perghhh sadis..den kitaorang kena ajar macam mana nak jaga mesin walaupun masih blurr angguk je kepala..

  By the way incharge person kedua tu comel suara pun kecik je..hahaha nama dia yong cina juga tapi bila cakap melayu ok la tak susah nak faham.


Ok kerja dulu..tatatititutu
Harap2 semua ok..☺