Friday, May 13, 2016

Air mata ibu


 Dalam kegembiraan dalam merancang majlis perkahwinan abang yang sulung sekali lagi keluarga di duga,cukup besar dugaan yang di alami..sehingga hati bertanya kenapa dugaan sebesar ini di berikan pada hamba mu yg lemah..

  Pada mulanya hati yg ego ini hanya berkata,"ahh biarkan lah bukan aku,sendiri yg cari masalah".."ada ku kisah masing2 punya hal"..namun adik beradik tetap adik beradik wlaupun x rapat sangat,walaupun ada luka di hati yg terguris oleh kata2..

  Bagaimanapun ego tu hancur lebur bila emak mengalirkan air mata mengenang nasib ank nya..menangis sepanjang masa bila makan,bila tidur sampai mak lena nya hanya beberapa jam..air mata mak memang kelemahan aku,bila tgk mak menangis rasanya seakan2 hati ni di tusuk2..bisa nya buat air mata ikut mengalir juga..

     Ya tuhan..kau bantu la kami,kuatkan la hati kami sekeluarga menghadapi dugaan ini..mmg khilaf kami sebagai manusia yang ingin mencari kesenangan smpai melangar undang2 namun hati ibu tak kan sampai hati membiarkan anaknya dalam kesusahan..

    Masa makan baru sesuap nasi dalam mulut mak berhenti seketika aku pandang muka mak,nampak kesayuan hati mak hujung mata ada air jernih bertakung hingga suapan ku pun terhenti bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul..hanya mampu aku kata kn hati terus la besabar dan bertahan..dugaan takkan lari

Monday, May 2, 2016

Kad jemputan kahwin homemade



    Seminggu naik pening nak buat draft kad jemputan kahwin untuk abg aku yg sulung dan satu2 nya..Abang aku da peluk agama islam tahun lepas and paling best sampai je aku dr keyel abang aku nikah pada 09/04/16 serabut kot cri baju..tapi semua dipermudahkan..



    Ok sebagai adik bongsu tugas aku buat kad jemputan dan edar kan so aku bertungkus lumus buat yg terbaik..dan ini hasil nya






Simple jer..mula2 nampak kosong cover depan so tambah2 la sikit2..
Btw kad jemputan wane papel juga..
Ok itu je..