Monday, June 16, 2014

Tentang Hati dan Perasaan

   Okey..selamat petang semua..petang ni relax ckit so nak menaip rasanya..yelah menluahkan sedikit idea yg x seberapa nie..Hati itu apa?Perasaan itu apa? jawapan entahlah aku pun x pasti yang aku pasti hati adalah organ dalam badan manusia manakala perasaan yang kita rasa tanpa kita sentuh dan berbentuk sebuah lukisan abstrak(rasanya lah)..
    Bila kita falling in love hati kita akan berbisik ~ aku akan setia hingga ke nafas terakhir padahal blom gik kawen.Hati juga akan berkata dia adalah segalanya ,dia paling cantik ,aku akan jaga dia ,aku akan sayang dan cintai dia..itu adalah kata hati..(dalam hati ada taman..)
    Bila falling in love perasaan menjadi bahagia, gembira , berbunga-bunga dan umpama berada di kayangan atau syurga Kata orang la..aku belum rasa lagi..hehehehe
      Tapi kadang2 ada yang mengatakan hati tak boleh d paksa hurmmm aku taktau nak huraikan..bila perasaan tu nak sangat memiliki tak kisah da apa nak jadi tetap nak mencuba sampai orang lain terluka(nie sebab aku tengok drama indon ngan filipino)kadang2 da memiliki tapi diri sendiri terluka hah! kan da sakit sendiri..
     Tentang hati aku pula aku sayang semua yang hadir dalam hidup aku..aku hargai apa yg ada dan diberi dan kalau ada peluang aku nak balas balik kebaikkan yang di beri yang buruk biar lah di balas oleh yang lebih berhak..
  Lah da habis pulak idea..xpe la esok ada lagi..hehehehe..
tatatitititututu..:)

kbye ~~~

# ai pinjam picture ni jer..
#hehehehe

Mode Demam

  Hukhukhuk kedengaran bunyi batuk memecah kesunyian office kerana semua penghuni nya sedang sibuk membuat kerja masing2 huk huk huk bunyi batuk di hasilkn oleh aku hehehe batuk semakin menjadi hidung pulak terasa sesak dengan mukus(hinggus)berlapik sikit...ermm bibir serasa kering kontang ingin ku minum air tapi x berdaya..
   Toleh kiri ternampak teman sepejabat a.k.a BFF aku tengah brekpas sementara aku pula menaip utk blog aku sambil batuk2...nasib badan gara2 tamak semalam aku order air sejuk sampai 2 gelas 3 layer tea c special ngan fresh carrot juice ahahaha orang tamak selalu rugi tau kenapa semua air tu x habis minum sebab da start batuk n selsema..nasib baik kawan ada tolong habis kan walaupun dihambur dgn perkataan MEMBAZIR JER..HEHEHEHEHE :)
   Akibat dari peristiwa semalam aku turun kerja dengan rasa malas dan no energy..kepala sakit ,leher gatal nk batuk jer bila batuk rasa pedih pula,idong sumbat..makanan sedap pun rasa x memberangsangkan...ahahaha diet la nampaknya..
   Okeylah sekian saja sebab rasa mengantok pulak walaupun x dapat tido


#hepi tuesday..
#have a nice day..
# :)

Asal usul Bisaya lll

Ketua Kaum Bisaya
    Lebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi.

Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi.

Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 Masihi.




#copy paste jer yer..
#Sejarah mengenai kaum saya..
#Untuk ingatan diri sendiri
#im proud to be bisayan n sarawakian people..
#enchang sarawak enchang..
#ngap sayot..
#hehehehe

Asal usul Bisaya ll

Fakta Bisaya
        Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.

Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.

Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah ke Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah.    

          Sultan Awang Koyoh
         Sejarah menceritakan apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara Barunah, maka Sultan Awang Koyoh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Barunah atau Borneo yang berpusat di Kota Klias pada tahun 1370. Sepanjang pemerintahan baginda, Borneo berkeadaan aman dan makmur serta subur. Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala tanah-tanih yang di usahakan baginda akan menjadi tinggi dan subur. Hasil tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang telah diusahakan oleh ayahanda baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu pohon rumbia juga turut ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda disamping pengeluaran padi yang berterusan atau meranau.

Baginda Sultan Awang Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda dilatih dengan ilmu perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Anak-anak baginda yang amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri baginda dibawa lari ke Sulu manakala baginda sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut tetapi telah mendapat kecederaan.

Kemarahan anak-anak baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya Sultan Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan perang menuju ke Sulu bagi menjatuhkan kerajaan Sulu. Setelah sampai ke perairan Sulu, tanpa berlengah Panglima Awang Alapu memerintahkan bala tenteranya menyerang kerajaan Sulu tanpa belas-kasihan dan menghancurkannya sehancur-hancurnya kerana selama ini serangan bersifat lanun oleh pihak Sulu telah ditepis dengan hanya menghalau lanun-lanun tersebut. Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak terbendung lagi kerana ini melibatkan maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu menculik ayahandanya dan beliau berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang berpusat di Sulu. Maka sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau dan sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi.

Asal usul Bisaya

     Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Lun Bawang/Lun Dayeh , Dusun, dan Murut

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu.

Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina...



      Sejarah bangsa Bisaya
Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.


       Catatan Sejarah Tempatan
Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah

JANGAN

•.♥• Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya. •.♥• Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya. •.♥• Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka. •.♥• Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu. •.♥• Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta. •.♥• Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita. •.♥• Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Sunday, June 15, 2014

Luahan hati seorang anak..


    Bila kita sakit mak kita yg paling risau dan sibuk..yelah mak mana tak syg ank kan..wlaupun kdg2 kita rasa mak berat sebelah tp kita tahu dia berusaha nak bg ksih syg dia sama rata kepada ank nya..Walau mak marah dia tetap buat seperti biasa x terbawa2 emosi tp kdg2 gara-gara seorang semua juga kena, tapi x kisah kan sebab apa yg dia cakap tu betul..

    Tapi sekarang mak pula yg sakit...serasa nya aku pun xde semangat nak kerja..yelah badan kat office tapi pikiran kat hospital...kalau dulu mak cakap mak xnak ank dia sakit biar dia je yg sakit , tapi sekarang aku rasa benda yg sama bila tgk mak sakit rasa biar lah aku yg ganti tempat mak..Aku paling sedih masa nurse ambik darah sebab urat x nampak dan darah x keluar jenuh tangan mak kena cucuk ngan jarum :( mak hanya diam sambil tahan sakit..tapi aku kat sebelah mak menangis tgk mak kesakitan sebab aku dah pernah rasa..huhuhu 

    Tapi yang buat sakit hati doktor tu la..aku genggam tangan mak aku masa dia cucuk tu tp dia suruh aku kuar lak..doktor tu cakap nanti da siap bru dia panggil..errr siap jeling2 x pro tul cara kerja..pastu ptg turn akak aku pulak gaduh nhan nurse kat wad sebab akak aku bawa mak aku pigi tandas di sebabkan mak sesak nafas nurse tu cakap"makcik xn blh jln nanti sesak nafas" tapi cara dia tegur tu kasar..akak aku pun cakap"sabar nurse sabar kalau tegur x payah kasar2" ahaha...padan muka...x belajar agak nya sedang slogan kata sering dlaungkan 'Budi Bahasa BUdaya kita"..

      Adakah disebabkan sudah berkerjaya manusia menjadi lupa??berasa diri lebih hebat ,lebih berpengalaman...ahhh please la akhir nya di tanah jua kita kembali...Aku pun heran..mmg la aku akui aku x punya ijazah kedoktoran bayangkan 2 hari 1 malam mak aku bertahan kat wad 9 bag air di isi sampai mak aku sesak nafas sebab terlalu banyak air badan pun da bengkak..sedih tul aku tengok tapi yg buat aku sedih cara nurse and doktor tu x profesional..tegur pesakit kasar lepas tu siap jeling aku gara2 aku suruh dorg stop water drip mak aku...

   Tapi syukur mak aku da kuar dari wad sekurangnya hati aku tenang itu pun lepas beberapa kali wat x-ray huurmmm bru nampak paru2 mak aku ada air..but aku respek doktor shift malam before mak aku kuar rasa nya dier dr semenanjung Doktor Priya maybe India tapi cara dia explain secara ikhlas , bahasa pun x kasar apa yang dia cakap aku boleh terima..5 STAR for her..

   Mak cepat lah sembuh...sayang mak sangat2 walaupun kadang x terluah dari mulut..kadang cara dia x betul tapi mak ngan ayah segala2nya...

Friday, June 13, 2014

All about me..

Holllaaaa..

Ini second blog ai...hehehehe..sebab nya terlupa email and password sekali la...
huahuahua..